Followers

Saturday, October 17, 2009

Petikan dari Forum

Assalamualaikum,

Pembangunan ekonomi umat Islam telah dibincangkan di segenap pelusok dunia Islam, tapi jalan penyelesaiannya belum ditemui.

Salah satu senjata yang dapat menyekat atau menghalang kerakusan barat adalah sumber semulajadi yang tidak dapat di tanam atau didapati di negara mereka.

Sejarah membuktikan bahawa penaklukan portugis ke atas Melaka adalah disebabkan ingin mendapatkan bekalan rempah dan gaharu.

Pokok Depu/karas/aquilaria adalah pokok yang akan menghasilkan Gaharu, dan ia hanya boleh tumbuh di kawasan asia tenggara dan selatan India dan China.Di Malaysia ia tumbuh dengan subur di kawasan hutan dan semua jenis tanah kecuali kawasan berair.

Di Selatan Thailand ia di Tanam dalam ladang Getah yang di selang seli oleh pokok ini.

Gaharu hanya boleh dihasilkan dari pokok ini dan tidak boleh dicipta melalui kaedah saintifik, menunjukan permintaan dari Barat Dan Asia Barat amat tinggi sehingga ia mempunyai nilai lebih Mahal dari emas.

Penghasilan semulajadi Gaharu adalah amat sedikit dan satu penemuan telah dibuat yang membolehkan pokok depu/karas/aquilaria menghasilkan Gaharu secara maksimum yang akan memberikan hasil yang amat tinggi kepada pengusaha ladang aquilaria ini.

Dipercayai Tanah Seluas 1 ekar boleh di tanam sebanyak 1000 pokok dan boleh menghasilkan jualan sebanyak RM3,000,000.00 (Anggaran). Jarak Tanaman adalah 6x6 kaki, ditanam selama 3-4 tahun dan pada tahun ke 4 disuntik dengan sejenis ubat dan dibiarkan selama 2 tahun, selepas itu pokok ini sedia untuk dituai hasilnya.

Kami telah berusaha mencari pengetahuan selama 4 bulan dan sekarang kami sudah mempunyai ladang aquilaria, mempunyai nurseri anak benih dan kepakaran untuk menyuntik pokok yang sudah matang dan juga sudah mula menyuntik pokok2 yang telah sedia untuk disuntik.

Saudara-saudara kami sesama Islam yang ingin membangunkan ekonomi bersama-sama kami bolehlah menghubungi kami dan berbincang macamana untuk kita mendapat keredaan Allah Taala dan berjaya dalam bidang ini.

Hubungi,

Mohd Lotfi Yusoff
0199255135

No comments:

Post a Comment